Tahap-tahap terjadinya Kitab Daniel Nabi_Daniel

Para peneliti di Eropah akhir-akhir ini berpendapat, bahawa kitab Daniel pada awalnya bukanlah merupakan kitab yang utuh dan asli penulisan dan kesaksiannya seperti yang dikhabar dijumpai sekarang ini. Penulisan kitab ini melalui tahap yang sangat panjang dan berlapis-lapis. Hal ini dapat dilihat dari masalah-masalah sastera yang terdapat dalam kitab ini.

A. Cerita-Cerita tentang Daniel dan sahabatnya di Babel (Daniel 1-6): Para peneliti di Eropah dan Amerika Syarikat sudah hampir bersepakat, bahawa cerita-cerita kitab itu (sangat fragmentaris) ini merupakan bahagian tertua kitab Daniel. Bahagian ini menerangkan tentang legenda-legenda Nabi Daniel dan sahabatnya di sekitar Babel(Babylon). Kemungkinan cerita-cerita ini berkembang dan beredar secara lisan di dalam keluarga-keluarga (bahasa Ibrani: bet-av) Yahudi di sekitar Babel pada zaman Parsi (sekitar abad ke-4 SM). Hal ini dapat dibuktikan dengan dakwaan-dakwaan masyarakat Parsi yang dapat menjumpai perkataan Irani dalam Daniel 1-6, misalnya "pat-bag" yang bererti "makanan raja". Keenam legenda ini ditulis semula dalam bahasa Aram(termasuk juga Daniel 1).


Daniel di Gua Singa karya Peter Paul Rubens.B. Kitab Daniel Aramaik (Daniel 1-7): Pada zaman para diadok Yunani (sekitar abad ke-3 SM) terjadi penambahan ke dalam cerita-cerita ini dengan penglihatan Daniel 7. Perubahan dan penambahan ini menghasilkan "kitab Daniel Aramik" (dalam bahasa Aram) yang mempunyai struktur chiastis:

0 Dan 1 Pendahuluan 1 Dan 2 Empat metal dalam mimpi Nebuchadnezar 2 Dan 3 Motiv Martir dalam cerita tentang "Tiga orang saleh di Perapian" 3 Dan 4 Kesombongan Nebuchadnezar dan hukumannya 3' Dan 5 Kesombongan Belsyazar dan hukumannya 2' Dan 6 Motiv Martir dalam cerita "Daniel di Gua Singa" 1' Dan 7 Empat binatang dalam penglihatan Daniel Struktur chiastis yang sangat serasi ini membuktikan, bahwa bahagian ini merupakan bahagian yang utuh.Sedangkan banyak berlaku penokok tambah dari kitab asli.

C. Kitab Daniel (bentuk akhir): Pada masa sulit, ketika Antiokhus Epifanes IV menguasai Siro-Fenisia, ketika terjadi pelecehan agama dan penganiayaan orang-orang Yahudi yang taat, terjadi lagi pengembangan kitab Daniel Aramik (Daniel 1-7) dengan penambahan 3 penglihatan Daniel 8-12. Penyuntingan ini ditulis antara tahun 167 SM sampai 165 SM. Pada tahap ini Daniel 1 yang ditulis semula dalam bahasa Aram diterjemahkan ke dalam bahasa Ibrani, sehingga didapati, bahawa Dan 1; Dan 8-12 merupakan bingkai Ibrani dan kitab ini adalah kitab berbahasa Ibrani (motiv ini dapat dijumpai juga dalam kitab Ezra), dan hal ini ia merupakan bentuk "penyelamatan" terhadap kitab ini, kerana bahasa Ibrani merupakan "bahasa suci" orang Yahudi.

Masalah yang paling ketara adalah bila kitab Daniel ditulis dan siapa pengarangnya.Perkara ini telah banyak diperdebatkan. Pandangan tradisional berpendapat bahawa kitab ini ditulis oleh seorang nabi yang bernama Daniel yang hidup pada abad ke-6 SM. Sebaliknya, pandangan-pandangan ilmiah moden umumnya menganggap kitab ini ditulis lewat selepas waktu itu, pada pertengahan abad ke-2 SM. Menurut pandangan ini, si pengarang membuat seolah-olah buku itu ditulis sekitar 400 tahun sebelumnya untuk menunjukkan kitab itu menepati ramalan tentang peristiwa-peristiwa sejarah yang terjadi dari abad ke-5 hingga abad ke-2 SM. Sebuah pandangan ketiga berpendapat bahawa, meskipun bahagian-bahagian tertentu Kitab ini ditulis pada abad ke-2 SM, yang lainnya mungkin ditulis oleh para penulis lain pada waktu yang lebih awal.